Followers

Selasa, 28 Jun 2011

Karnival Bank Rakyat + RFC


PART 1 : Photography Karnival Bank Rakyat Di Dataran ShahBandar

Dua hari Jihah dan Piyah pergi ikut Ablem kat Karnival Bank Rakyat. Kami duk kat booth Iq-one, pagi jumaat pada pukul 11 kumpulan Iq-one membuat persembahan di pentas utama. Mula2 agak bosan gak duk sana, tapi bila dah kenal dengan Abang2 penjual ice blended dan aiskrim honey soft yang disewa kat sebelah je dengan booth Iq-one tu, kami mula mesra dengan mereka2 tu. Time kemas2 barang nak balik dah, diorang bagi aiskrim free kat kami semua. Banyak pertandingan untuk kanak2, yang dianjurkan oleh kumpulan Iq-one. Alangkah gembiranya Jihah, sebab dapat online pesbuk kat sana, pinjam P1max Kak Mira hehe. Kalu duk sana mestilah banyak suasana dan pemandangan yang menarik kan ? Jihah pom apa lagi, snap lah gamba2 kat sana. Jom tengok photography Jihah kat sana. hehe .    


Kumpulan Iq-one membuat persembahan pentas, pada pagi jumaat


Jaafar Onn dan Maya jadi pengacara di karnival bank rakyat


Suasana di Dataran ShahBandar

Booth yang disewa oleh kumpulan Iq-one


Abang Firdaus Iq-one sedang menemu ramah salah seorang peserta permainan puzzle


Ablem sedang mengacarakan program tersebut


Peserta permainan puzzle


Salah seorang budak yang sedang menyusun puzzle


Pihak Bank Rakyat turut juga singgah di booth Iq-one


Sesi pembahagi hadiah kepada pemenang permainan puzzle


Salah seorang peserta sedang memikirkan untuk mencipta sesuatu dengan tanah liat 











Tulisan khat Ablem (Abdul 'Alim Iq-one)


 Salah seorang peserta, mereka cipta 'cup cake' dengan tanah liat 


Kak Mira manager Iq-one


Pengunjung yang singgah di booth Iq-one


Peserta permainan mereka cipta dengan tanah liat


Antara tanah liat yang sudah siap yang direka oleh peserta



PART 2 : Semasa Di Restoran Radix Fried Chicken (RFC)

Yang ni Jihah nak cerita sikit pasal mesej. Mula2 Jihah mintak nombor telefon Kak Syakirah, dengan Kak Mujahidah Islam, pahtu Kak Muja takda nombor Kak Syak. Last2 Kak Muja tanya Kakak dia, sebab Kak Syak kawan dengan Kakak Kak Muja tu. Pahtu Kak Muja sent lah nombor Kak Syak tu kat Jihah. Jihah apa lagi save je nombor Kak Syak, terus je sent mesej kat Kak Syak. Jihah cuba nak backup Kak Syak ni sebab dia tak tau lagi nombor baru Jihah, nak tengok gak reaksi dia cam mana. Pada mulanya tak nak berpakat pom dengan Kak Mira untuk backup Kak Syak ni, last2 Jihah bagi tau pada Kak Mira tentang mesej tu. Bila baca mesej yang dibalas oleh Kak Syak, Jihah rasa baik terus terang jelah sebab Kak Syak dah marah2 da tanya ni sape...ni sape!!! banyak kali gak Kak Syak tanye, haha kesian =p . Lagi pom Jihah nak ajak Kak Syak pegi jalan2 kat sana, kalu tak panjang lah lagi Jihah backup Kak Syak (jangan marah ye! gurau2 manja je) . Lepas kami jalan2 dengan Kak Syak, terasa lapar la plak yela da pukul 3 lebih dah, kami tak makan tengahari lagi, pahtu Kak Syak ajak pegi makan, Jihah kata kat Kak Syak 'kite gi makang kat RFC arh'. Kak Syak setuju, pahtu dia ajak la Jihah dan Piyah pegi RFC. Lama da tak makan kat RFC, terima kasih Kak Syak sebab belanja kami makan tengahari  =) . Dalam perjalanan nak ke RFC, masa tu jalan agak jem kat Pasar Payang, pahtu ade sorang mamat ni dia nak melintas, Jihah dah agak da mesti mamat tu sengaja buat2 cacat sebab nak suh orang berenti dan simpati kat dia. Lepas je dia melintas, elok2 je dia jalan cam biasa, Kak Syak kata 'base nguh la orang laki ni, orang berenti jugok la, nok suoh orang simpati kat ye' . haha, pelik sungguh la  manusia2 lenim.






Peace Kak Ngah Syakirah


Sedang bergosip berbual dengan beliau 


Kak Syakirah belanja kami makan di RFC


 Piyah semek wahi peace


Kak Syakirah jangkit virus peace dengan Piyah





Kami duk khusyuk minum





Minuman RFC


Makanan RFC


Sebelum nak balik dari karnival, Jihah sempat lagi suruh Piyah amik gamba . hehe