Followers

Ahad, 28 Mac 2021

Tiga Fasa Hati Sebelum Terputusnya Sesebuah Hubungan



Tiga Fasa Hati Sebelum Terputusnya Sesebuah Hubungan

1. Terasa Hati
.

Apa yang kita buat, adakalanya boleh menyebabkan pasangan terasa. Contoh perbuatan yang menyebabkan pasangan terasa hati ialah apabila kita buat sesuatu keputusan tanpa berbincang, kita tidak menjaga pergaulan, kita tidak menjalankan kewajipan, kita tidak mengawal lisan sebelum melafazkan apa jua bentuk ucapan, kita membelakangkan pasangan, kita tidak menghargai dan menghormati diri pasangan, kita mengabaikan pasangan.
.

Bila kita kerap buat dia terasa, maka datang fasa kedua iaitu;
.

2. Jauh Hati
.

Terasa tapi tak dipujuk, terasa tapi dibiarkan macam tiada apa-apa. Rasa sedih dengan perbuatan ataupun tersinggung dengan ucapan pasangan, apabila cuba untuk mencari jalan penyelesaian, selalunya akan berakhir dengan pergaduhan. Ego sentiasa memenangi perbalahan, jauh hati adalah kekecewaan yang dihimpun, terasa yang dipendam, luka yang dibiarkan.
.

Bila terlalu banyak rasa jauh hati dengan pasangan, maka seterusnya hadir fasa hati yg terakhir;

.

3. Tawar Hati
.

Puncak kepada segala rasa yang terbuku di dalam hati sejak daripada terasa hati dan jauh hati. Tawar hati ialah keadaan hati yang sudah penuh dengan parut, keadaan di mana sudah tidak rasa apa-apa lagi dah dengan perbuatan atau ucapan pasangan. Sudah tidak kisah soal perasaan dan sudah tidak peduli soal emosi. Hati sudah mati dek kerana kesakitan yang berulang kali, had hati untuk menerima kesakitan itu sudah sampai 'limitnya'.
.

Fasa ini yang paling bahaya kerana kebanyakkan hubungan akan terputus apabila hati sudah tawar untuk meneruskan hubungan itu.
.

Yang ajaibnya, banyak pujukan dan kesedaran semasa di fasa tawar hati tapi tidak di fasa terasa dan jauh hati, apabila keadaan hati itu sudah di fasa terakhir, maka tak banyak yang boleh kita lakukan.
.


Hati itu mungkin akan di bawa pergi untuk selamanya bagi membebaskan diri daripada ikatan.