Followers

Isnin, 18 Oktober 2010

Sekadar Renungan

   Tiga orang anak duduk di sisi bapa mereka yang sedang nazak. Sewaktu menunggu detik berakhirnya nyawa si bapa, ketiga-tiga beradik itu berbincang tentang upacara pengebumian yang perlu di jalankan.
   Si abang yang sulung berkata, "Bapa kita ni kaya, kita perlu gunakan sepuluh kereta besar untuk majlis pengebumiannya. Dengan cara itu, kita boleh bawa saudara-mara dan kawan-kawan ayah untuk sama-sama mengiringi jenazahnya ke kubur."
   Adiknya tidak setuju. "Tak payah, kita sewa dua buah kereta saja, biar saudara-mara, jiran dan kawan-kawan ayah pergi ke kubur naik kereta masing-masing."
   Kedua-dua cadangan itu tidak dipersetujui oleh si anak yang bongsu. Kata lelaki itu," Apa kata kalau kita sewa sebuah station wagon saja untuk kita bertiga dan keranda ayah? Kan jimat sikit..." Mereka terus bertengkar, hinggalah si ayah yang tengah nazak itu bersuara,
   "Daaahhhh.....berhenti bertengkar. Ayah akan berjalan sendiri ke kubur."
~Aku cume ambik kat dalam buku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan